SOALAN LAZIM

Cari jawapan pada soalan anda.

[wpas id=1]
Saya baru nak belajar, sesuaikah dengan saya?

Ya! Sangat sesuai.

Sememangnya semua guru-guru MaiMengaji mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam mengajarkan al-Quran kepada peringkat pemula.

Ini bukan sahaja impian anda. Bahkan ini juga merupakan impian kami, untuk membimbing anda daripada kosong sehingga mampu membaca al-Quran dengan lancar tanpa berasa berat atau sukar lagi.

Seterusnya dapat mengamalkan al-Quran dalam kehidupan seharian kita.

Adakah kelas ini sesuai untuk orang yang buta huruf ?

Ya sangat sesuai.

Apakah kriteria atau syarat untuk belajar dengan Kelas Mengaji Personal?

Kami menetapkan hanya EMPAT (4) kriteria dan syarat seperti dibawah:

  1. Komited dengan masa yang telah dipersetujui untuk mempelajari Al-Quran
  2. Dapat menerima kemampuan diri sendiri dan bersabar sekiranya pengajian perlu dilanjutkan bagi tujuan pemantapan pembelajaran Al-Quran.
  3. Bersungguh-sungguh dalam mempelajari Al-Quran dengan membuat kerja rumah dan ulangkaji yang disediakan.
  4. Jaringan internet yang baik bagi memudahkan proses pembelajaran berjalan dengan lancar.

Tempoh pembelajaran berapa lama?

Tempoh satu tahap selama 5 bulan.

Bagaimana kelas akan dijalankan?

Kami amat mementingkan kualiti dan kelancaran dalam proses pembelajaran. Atas dasar ini, setiap kelas akan dijalankan secara private one-to-one antara pelajar dan guru sahaja.

Pelajar bebas untuk bertanya apa-apa persoalan dan tidak perlu lagi risau atau rasa malu dengan rakan pelajar yang lain.

Kelas pukul berapa dan berapa kali sebulan?

Masa kelas juga akan ditetapkan oleh pihak MaiMengaji !

Jika pelajar tidak dapat menghadiri kelas, rakaman video akan diberikan supaya dapat belajar dan mengaji al-Quran dengan tenang.

Sesi pembelajaran secara private one-to-one dengan guru akan dijalankan selama 12 sesi setiap bulan.

Ada kelas seterusnya ? Jika saya dah tamat kelas ni ?

Ya. Ada kelas lanjutan.

Sekiranya saya berdaftar dengan Kelas Mengaji Al-Quran, apa kelebihan yang ditawarkan? Terdapat banyak kelebihan sekiranya Tuan/Puan berdaftar mengaji bersama MaiMengaji, antaranya ialah:

  1. Tuan/Puan secara automatik akan menjadi pelajar rasmi MAIMENGAJI dan akan mendapat diskaun yang menarik bagi setiap pembelian item MAIMENGAJI.
  2. Tuan/Puan dapat memilih hari dan masa mengikut kelapangan Tuan/Puan untuk adakan kelas mengaji.
  3. MAIMENGAJI menawarkan pembelajaran dari tahap kanak-kanak yang berusia 7 tahun hingga ke dewasa 70 tahun. Jadi, takperlulah cari kelas mengaji lain untuk pengajian sekeluarga.
  4. MAIMENGAJI menawarkan tahap pembelajaran Al-Quran dari asas Iqra’ hingga ke peringkat Khatam, sesuai bagi setiap peringkat.
  5. Guru yang kreatif dan berpengalaman dalam bidang Al-Quran akan mengelolai pembelajaran Al-Quran Tuan/Puan.
  6. Latihan pengukuhan disediakan bagi tujuan pembelajaran yang lebih berkesan.

Aplikasi apa yang akan digunakan?

MAIMENGAJI mengamalkan konsep fleksibel. Setiap peserta bebas memilih aplikasi yang dirasakan mudah dan telah selesa digunakan. Antara aplikasi yang boleh digunakan ialah WhatsApp, Facebook Messenger, Zoom, Google Meet, Skype dan lain-lain.

Semuanya bergantung kepada persetujuan antara pelajar dan guru.