JOM KENALI MAIMENGAJI

JOM KENALI MAIMENGAJI

MAIMENGAJI.COM Merupakan Platform Yang Menjadi Tumpuan Orang Ramai Untuk Mendapatkan Maklumat, Ilmu Agama, Amalan, Kelebihan Serta Perkongsian Tentang Al-Quran Dan Juga Ilmu Hadis. Ia Juga Merupakan Pusat Servis Kelas Mengaji.

Tentang Kami

MaiMengaji ditubuhkan pada tahun 2015 dengan tujuan memenuhi keperluan masyarakat setempat untuk pembelajaran Al-Quran orang dewasa yang sistematik dan sensitif kepada keperluan orang dewasa yang bekerja mahupun yang sudah bersara. Cara pembelajaran yang mudah, seronok dan efektif dapat menarik ramai pelajar setempat.

Dengan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di awal tahun 2020, nama MaiMengaji dipopularkan di media sosial untuk menariklebih ramai orang yang ingin kembali bersama Al-Quran. Selain itu,Baca Ikut Guru (BIG) merupakan salah satu program secara live di Facebook MaiMengaji yang berjaya menarik ramai followers setiap pagi dan berjaya khatam sebanyak 2 kali secara online. Justeru itu, Baca IkutGuru (BIG) sudah masuk pada pusingan ke-3 dengan anggaran 2,500 followers setiap pagi.

MaiMengaji menawarkan kelas secara atas talian (online) untuk golongan dewasa. Kelas secara beramai-ramai ataupun seorang-perseorangan, mahupun dalam kumpulan kecil. Terdapat 5 tahap pembelajaran bermula dari Asas Huruf iaitu pemulaan bagi yang ingin belajar membaca Al-Quran, kemudian Asas Tajwid, Talaqqi Surah Pilihan dan Talaqqi Am.

Kenali 'Team' MaiMengaji

Carta Organisasi

Visi Dan Misi

0
TENAGA PENGAJAR
0
FOLLOWERS
0
LIKES
0
SECARA RASMI DITUBUHKAN

Galeri Kelas Offline

Galeri Kelas Online